Paling mengecewakan adalah kegagalan pasangan emas negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong untuk menyumbangkan mata pertama selepas tewas kepada Lee Sheng Mu-Tsai Chia Hsin 18-21, 18-21 - kekalahan yang disifatkan melunturkan moral pemain lain.
Tak putus asa
"Corak permainan kami tidak menjadi hari ini (malam tadi) sebaliknya beregu Taiwan itu mengawal permainan bahagian depan dan menyukarkan kami untuk melakukan serangan. Namun, saya tidak akan berputus asa dan sentiasa bersedia untuk diturunkan jika diberi kepercayaan oleh jurulatih," kata Kien Keat.
Boon Heong pula berkata: "Sekarang terpulang kepada jurulatih untuk turunkan beregu mana bagi menghadapi Jerman. Pada saya, siapa yang lebih berkeyakinan wajar diturunkan dan tahap keyakinan saya kini sudah menurun," katanya.
Dua mata skuad negara hadir menerusi jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei yang mudah menewaskan Yang Chih Hsun 21-8, 21-13 dan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menundukkan Lu Ching Yao-Lai Chia Wen 25-23, 21-11 manakala perseorangan wanita, Sonia Cheah serta beregu wanita, Vivian Hoo-Woon Khe Wei tewas kepada lawan masing-masing.
China atasi India 5-0
"Saya harap kita boleh kembali bangkit untuk pertemuan dengan Jerman kerana perlawanan itu penting untuk layak ke suku akhir. Untuk Kien Keat-Boon Heong, saya harap mereka tidak berputus asa dan dapat kembali mempamerkan prestasi sebenar jika diturunkan pada perlawanan dengan Jerman," kata Chong Wei.
Sementara itu, China memberi amaran jelas betapa mereka memang layak dilabel sebagai pilihan, sekali gus menjuarai kempen Piala Sudirman buat kali kelima berturut-turut apabila membuka tirai saingan Kumpulan A dengan kemenangan 5-0 ke atas India di Stadium Putra Bukit Jalil semalam.
Denmark turut meraih kemenangan selepas mudah menundukkan Singapura 4-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan D.
No comments:
Post a Comment